-: Kerja Berkebajikan : Sumbangan kepada Faqir Miskin :-


Firman Allah di dalam al-Quran: "Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh. Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah". (ayat 72,73)


Alhamdulillah... Pemuda Pas Dun Chukai(PPDC) sekali lagi menunaikan tanggungjawab sebagai golongan Islam yang mengambil cakna kepada semua lapisan masyarakat samada ianya dihargai atau tidak. Kita berusaha sedaya upaya dengan bantuan orang ramai yang member sumbangan yang akhirnya dapat meringankan keluarga ini yang bukan sahaja mempunyai rumah yang kecil bahkan anak-anak tidur bergelimpangan termasuk ibu bapa.


“Kali ini Pemuda Pas Dun Chukai (PPDC) telah mengambil inisiatif untuk membeli Tilam kepada keluarga ini. Kita bersyukur kerana ada hamba Allah yang memberikan sumbangan 2 buah basikal untuk keluarga terbabit dan sedikit wang tunai. InsyaAllah, kita hantar tilam, basikal dan sedikit wang tunai tersebut sekali gus pada hari yang ditetapkan”, ulas Mohd Abdullah Bin Mohd Ali selaku Ketua Lajnah Kebajikan (Dua dari kiri).


PPDC telah menyempurnakan program penyerahan sumbangan tersebut pada 9 Jun 2011 yang lepas dan telah disampaikan oleh Pengarah PPDC, saudara Mahadi Mahmud. Program itu juga dihadiri oleh beberapa orang AJK PPDC dan pihak pemuda akan berusaha untuk mencari dana bagi memperbesarkan sedikit rumah tersebut yang terletak Kg Jaya Batu 2,Jalan Air Putih,24000 Kemaman Terengganu.

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...