Ringkasan Ucapan Cikgu Mala Di Dataran Tok Guru, Geliga

Cikgu Mala berucap (saya boleh buat kesimpulan bahawa ucapannya bernas, datang dari fikrah yang jelas, jiwa yang besar, tarbiyah yang cukup, keikhlasan yang tinggi), saya sempat meringkaskan ucapannya kepada beberapa perkara:

-beliau baharu tiba dari Kelantan, memenuhi undangan dari sana, sebagai balasan kepada Tok Guru yang sanggup hadir ke Tenang walaupun agak uzur.

-ucapan terimakasih kepada petugas dari Terengganu termasuk Kemaman yang telah membantu beliau dalam PRK DUN Tenang baru-baru ini samada sebagai petugas, di hari penamaan calon, pengundian, sokongan dari segi harta, material, tenaga, doa, tulisan dan lain-lain bentuk sokongan.

-pemilihan calon wanita/muslimat sebagai tanda iktiraf PAS terhadap muslimat, bukan sahaja di Tenang tapi seluruh negara dalam pilihanraya kecil.

-UMNO/BN tak gentleman letak calon lelaki, sepatutnya biar wanita lawan wanita.

-dengar ceritanya YB baharu Tenang di hospital, doa agar sihat kembali. (nampaknya tiada sifat keji dan hasad dari diri Cikgu Mala walaupun kalah pilihanraya)

-sempena sambutan Maulidurrasul-pengajaran pengorbanan Nabi dan para Sahabat

-perjuangan Islam oleh PAS mesti didokong bersama oleh muslimat sehingga tertegaknya Islam di bumi Allah.

-Contoh Khadijah ra yang memberikan dirinya buat perjuangan Islam. Muslimat jadi sayap kiri kepada muslimin.

-Muslimat mesti memberi kadar kemampuan masing-masing untuk perjuangan Islam walaupun dalam keterbatasan waktu, tugasan sebagai isteri, ibu dan mengurus rumahtangga.

Pengalaman jadi calon PRK DUN Tenang:

-lebih mudah ‘tarbiah’ pengundi Cina dari Melayu

santai mendengar 007-kisah 2 Cina yang datang kepada beliau-seorang sanggup mengharungi air separas dada mengundi Cikgu Mala. Mereka tidak dibantu dan diangkut oleh pihak berwajib yang lebih tertumpu kepada kawasan pengundi Melayu. Seorang lagi perempuan Cina yang tak dapat mengundi kerana banjir, barang dalam rumah pun tak dapat pindah. PRU akan datang akan undi Cikgu Mala.

-pelbagai taktik dibuat-ubah tempat mengundi, kampung Melayu dan Felda agak payah.

-Di Kampung Redong, muslimat Kelantan bertakbir. Ada pengundi Melayu di situ kata boleh pergi (tak ingat perkataan yang digunakan) dengan takbir tu. Kampung itu naik 6 inci lumpur selepas banjir.

-Pengundi Melayu dapat RM200-300, tapi lepas banjir rugi RM2000-3000

-tengok blog hanya lepas PRK, banyak fitnah oleh blogger pro-UMNO

-banjir ketika PRK baru ni memang teruk. Ada petugas PAS dan UMNO terperangkap berhari-hari. Masa PRK berkempen, masa banjir bertukar makanan.

-ada pengundi Melayu bertanya, kalau cikgu kalah nak makan apa? Bukan UMNO bagi makan. (Betul Cikgu Mala, rezeki Allah yang beri, bukan UMNO atau manusia.)muslimat 008

Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...