CHUKAI, 27 November : Pembinaan jati diri pemuda Islam yang unggul bermula sejak kecil lagi. Menyedari proses ini, Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC) melalui Lajnah Pembangunan Pelajar telah berjaya menganjurkan program motivasi, “Monsoon Camp: Teenagers Islamic Adventure Camp” untuk remaja berumur 11-16 tahun selama dua hari satu malam bermula semalam di Lagoona Villa Beach Resort, Cherating, Kuantan, Pahang. Program ini memberi fokus kepada ibadah dan pembinaan peribadi remaja Muslim.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program seperti berkayak, “jungle trekking” dan modul-modul yang santai.
Kem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 59 orang peserta daripada pelbagai sekolah. Program tahunan ini dianjurkan selaras dengan hasrat PPDC untuk mentarbiyyah remaja Muslim dan membina generasi pelapis di masa akan datang.
Selain itu, PPDC juga merancang untuk mengadakan program khusus buat pelajar lepasan SPM pada masa akan datang.
Program tersebut berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pengarah MTD Chukai, Tuan Haji Hanafiah bin Mat. Turut hadir di majlis penutupan program, beberapa AJK MTD Chukai dan para ibu bapa.
0 comments