Penghayatan ibadah korban dalam perjuangan Islam

Pada Aidiladha banyak binatang ternakan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.


Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walaupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. Perbuatan ini sebagai satu pengabdian diri kepada Allah s.w.t,

"Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembeliihan yang besar"
al-Saaffat : 107

Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s maka Allah swt melarang menyembelih Nabi Ismail a.s. Untuk meneruskan korban, Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan(kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan korban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya.

Justeru apabila kita mengingatkan peristiwa korban bukan hanya berbangga dengan beberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Jika sekiranya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah swt, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diiajar oleh Nabi Ibrahim a.s maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Islam untuk menegakkannya dan keadilan sejagat.

Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah swt. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi Nabi Allah Ibrahim a.s melaksanakan kerana ia arahan Allah swt. Justeru resnungan kita sebagai pejuang, dimana Allah swt tidak memerintahkan kita menyembelih anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah swt.

Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan dikalangan para Rasul dan Nabi-nabi a.s. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah swt.

Sabda Rasulullah saw, bermaksud,

"Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpanya"

Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh meraka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Realiti Perjuangan & Pengorbanan

  • Bukan senang berjuang dalam sebuah jemaah islam dan menjadi sebuah parti siasah, sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita dalam jemaah Islam, berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat kelak.
  • Hendak memimpin ummat ke arah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadahri sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita memimpin jemaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakkyat.
  • Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana jemaah Islam tidak dibantu oleh tauke arak dan judi, tetapi dibantu oleh tulang empat kerat ahlinya yang komited dengan fikrah perjuangan.
  • Sudah menjadi lumrah dalam perjuangan Islam terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di negara ini.
  • Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profession yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.
  • Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan Islam. Mereka menganggap perjuangan Islam asasir perosak negara kerana terpengaruh dengan media di hadapan mereka.
  • Realiti dalam perjuangan Islam ramai pengikut tetapi kurang orang yang hendak ke depan memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun.
  • Realiti yang dihadapi oleh pejuang Islam masa yang begitu kurang dengan anak-anak . justeru anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan Islam supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk kesenangan mereka pada masa hadapan.
  • Pengorbanan seorang pejuang Islam ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan gerakan kerana ahlinya yang berlainan latar belakang. Walaupun beliau bijak macam mana sekalipun, beliau perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jemaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jemaah yang ahlinya bekerja secara sukarela tanpa ada gaji.

Tulisan asal : Ustaz Idris Ahmad
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...