Syarikat Kroni Hanya Siapkan 15% LPT2

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

Beliau dipetik harakahdaily berkata demikian dalam sidang media di lobi parlimen semalam

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.

"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid

Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek,” ujarnya.

Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.

Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik  AJK Umno Hulu Terengganu.

“Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Berita berkaitan sebelum ini:


LPT2 Kontraktor OKU Paling Lembab

Kontraktor kroni tarik diri pembinaan Fasa 2 LPT lewat


Sumber: Buletin Online
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...