PAS Kawasan Kemaman Sambut Jubli Emas

PAS Kawasan Kemaman telah melampaui 50 tahun dalam sejarah kewujudannya di sini. Sambutan Jubli Emas bermula pada 1 Jan 2010 dengan Seminar Memperkasa Parti disampaikan oleh Naib Presiden PAS YB Salahudin Ayub petang Jumaat, diikuti ceramah umum pada malamnya. Minggu berikutnya, Urusan Ulama PAS Kemaman memulakan ijtimak bulanannya kali pertama dalam meraikan dan mengisi sambutan ini. Hampir semua program dan gerakerja tahun ini diprogramkan bagi mengisi sambutan Jubli Emas ini dan ke arah PRU13 bagi menawan kembali Terengganu, insyaAllah. Sejarah PAS Kemaman boleh diikuti di bawah..

PAS Kawasan Kemaman (dahulunya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu Cawangan Kemaman) bermula sejak tahun 1955 apabila penubuhan cawangan pertamanya di Dungun dan yang kedua adalah dipercayai Cawangan Kemaman, pada tahun 1956 ketika itu di bawah pimpinan seorang Al Mala’ Tuan Syed Noh Alwee dan lain-lain seperti Cikgu Che Yaakob, Ayah Ngah Che Isa, Haji Masnor, Che Mat Lela, Syed Zubir dan Che Mat Nor Hajjah Wook.

PAS Cawangan (Kawasan) Kemaman pada awal penubuhanya dalam keadaan yang amat lemah dan serba kekurangan di atas sebab-sebab berikut :-

-Ketiadaaan atau kekurangan peminpin yang berwibawa untuk menyertai perjuangan PAS.

-Ketiadaan sumber kewangan dan kemudahan asas untuk bergerak menyampaikan mesej perjuangan.

-Tidak mendapat sambutan rakyat untuk menjadi ahli atau menyertai perjuangan PAS kerana kurang kefahaman mengenai perjuangan Islam.

-Kurang tenaga kepimpinan yang mampu menyampaikan mesej perjuangan parti kepada masyarakat.

Banyak saingan terutamanya selepas era kemerdekaan di mana banyak tertubuhnya parti-parti politik Melayu seperti UMNO, Parti Rakyat Malaya, Parti Negara. Parti-parti ini dipimpin oleh golongan elit yang cukup terkenal di Kemaman seperti nama-nama Haji Wan Yahya, Cikgu Taha, Wan Ismail (ayah Dato’ Wan Adnan), Haji Awang Mat Kiah, Encik Ismail Aceh dan ramai lagi.

Sementara Parti Rakyat Malaya ketika itu juga popular di bawah pimpinan Pak Su Kar, Encik Latif S.O, Haji Ali Banggol dan Encik Muda Janggut. Manakala Parti Negara ketika itu di bawah pimpinan Haji Abdullah Yusof, Syed Agil, Che Mat Mak Som, Che Affandi dan lain-lainnya. Kesemua tokoh-tokoh di atas secara umumnya dilihat lebih berwibawa daripada pimpinan PAS Kawasan ketika itu.

Pilihan Raya Perbandaran

Dengan berbekalkan semangat dan cita-cita mendaulatkan Islam yang begitu tinggi, pemimpin PAS Kemaman telah mengambil inisiatif untuk satu sesi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat. PAS kawasan Kemaman telah menyertai pilihanraya pertama Perbandaran (Pilihanraya Perbandaran) dalam tahun 1962. Antara calon-calon PAS yang bertanding ketika itu ialah :

1. Ayah Ngah Che ‘Isa (kg Tengah)

2. Haji Awang Dagang (Banggol)

3. Che Mat Nor hajjah Wook (Kubang Kurus)

4. Cikgu Che Yaakob (Gong Pauh)]

Perkembangan dan bermula bantuan dari Pusat

Walaupun PAS menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya tersebut, tetapi usaha penyusunan semula dan perancangan telah dibuat. Pimpinan PAS Pusat telah dijemput menyampaikan ceramah, kursus, wacana, diskusi dan sebagainya. Antara pimpinan Pusat yang telah dijemput antaranya :

-Ustaz Othman Abdullah

-Haji Ahmad Prai

-Profesor Zulkifli Muhammad

-Profesor Burhanuddin Hilmi

-Hassan Adli

-Abu Bakar Hamzah

-Abdullah Zawawi

-Yunus Yatimi

-Dato’ Asri Muda

-Jais Anuar

-Yazid Jaafar

-Khatijah Sidek (muslimat)

dengan dibantu oleh pimpinan negeri antaranya :

-Daud Abdul Samad

-Da Jalil

-Omar Syukri

-Ustaz Ahmad Azam

-Taib Sabri

-Abdul Wahab Yunus

Bermula dari titik tolak ini PAS Kemaman mula mengorak langkah dengan menubuh ranting-ranting (cawangan).

Penubuhan Cawangan dan Penyertaan dalam Pilihanraya Umum

Hasil dari usaha gigih dan tidak mengenal jemu di kalangan pemimpin PAS ketika itu, PAS Kawasan Kemaman telah berjaya menubuhkan ranting (Cawangan) di pelbagai tempat dan kampung. Antaranya :

> PAS Caw Kampung Banggul

> PAS Caw PAsir Gajah

> PAS Caw Binjai

> PAS Caw Mak Chili

> PAS Caw Kijal

> PAS Caw Kemasik

> PAS Caw Kerteh

> PAS Caw Paka

>PAS Caw Chukai

> PAS Caw Ibok

Bermula dari sini, PAS Kemaman telah menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1964 sehingga sekarang.

Sejarah pertama PAS memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri di Kawasan Kemaman ialah pada tahun 1969 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Bandi. Calon PAS ketika itu ialah Tuan Haji Wan Yahya bin Wan Mohammad setelah beliau keluar dari perjuangan UMNO dan menyertai perjuangan PAS pada tahun 1967.

Seterusnya pada Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 di mana PAS Kawasan Kemaman telah memenangi 3 daripada 4 kerusi yang dipertandingkan. Kerusi-kerusi tersebut ialah :-

N.30 – KIJAL – Haji Mehamad bin Sulong

ust awang dagangN.31 – CHUKAI – Ustaz Haji Awang Dagang Jusoh

N.32 – AIR PUTIH – Haji Ismail bin Harunismail harun

PAS Kawasan Kemaman mengalami kekalahan yang amat tipis bagi kerusi N.29 – KEMASEK – Ustaz Alias bin Abdul Hamid.

ust alias hamid

Kebangkitan Perjuangan Pemuda/Muslimat

Bermula era tahun 60an, PAS Kawasan Kemaman telah mula terserlah hasil usaha gigih pimpinan ketika itu. Ketika itu PAS mula mendapat sambutan daripada golongan pemuda yang berani berjuang. Malah ada pimipinan pemuda yang begitu bersungguh-sungguh mengerakkan aktiviti dan agenda perjuangan dengan dibantu oleh sebilangan golongan muslimat. Antara tokoh-tokoh pemuda yang begitu aktif di peringkat awal ialah :

> Cikgu Abdullah Mohamad

> Cikgu Yusof Abdul Rahman

> Sdr Haji Hamid Yahya

> Sdr Haji Harun Endut (1970an)

> Sdr Nordin Muda (1981 – 1989)

> Sdr Zaihan Bin Daud (1989 – 1991)

> Sdr Haji Roslin Abd Rahman ((1991- 1993)

> Sdr Haji Othman Abdullah (1993 – 1999)

> Ustaz Long Kamarudin Long Hassan (1999 – 2003)

> Sdr Zahari Abd Ghani (2003 – 2005)

> Sdr Ustaz Alias Abd Hamid (2005 – 2007)

> Sdr Ustaz Hazri Jusoh (2007-2009)

> Sdr Ust Megat Suhaimi Megat Idrus (2009-sekarang)

(Sebahagian daripada pimpinan pemuda di atas, telah kembali ke Rahmatullah. (Al Fatihah untuk mereka dan semua pejuang Islam yang telah mendahului kita)

Antara tokoh-tokoh Muslimat pula terdiri daripada :

* Puan Wan Hawa (tahun 60an)
* Puan Wan Habsah Wan Abdullah ( tahun 1967)
* Puan Wan Noraini Wan Yahya (era 1970an)
* Puan Hajjah Fatimah Mohamad
* Puan Sharifah Aminah Seman (1985 – 1990)
* Ustazah Fainah bte Mat (1990 – 1994)
* Puan Hajjah Rohasni bte Hussein (1994 – sekarang)

Senario Tranformasi Kepimpinan PAS

Transformasi kepimpinan PAS Kawasan bermula semenjak awal tahun 60an dengan penyertaan ramai pemimpin-pemimpin politik ke dalam perjuangan PAS. Antaranya :

Tuan Haji Syed Noh Alwee—(Awal Penubuhan)

Tuan Haji Yaakob—(Tahun 50an ke tahun 1960)

Tuan Haji Abdullah Yusoff (awal tahun 1960an—Bekas pemimpin PArti Negara)

Che Mohd Mak Som—(sekitar tahun 1965—bekas pemimpin Parti Negara)

Abdullah Mak Wan Selamah ( sekitar tahun 1967)

Haji Wan Yahya Haji Wan Mohamad (sekitar tahun 1969 –1974)

Haji Awang Dagang Yusof—( 1975—1989)

Haji Yusof Tahir ( sekitar 1990—1992)


Haji Ismail Harun

Setiausaha– Setiausaha

Tuan Syed Zubir Tuan Endut

Che Mat Lela

Che Mat Mak Som

Othman Awang

Shafie Abd Samad Gol

Sulaiman Yaakob

Hashim Abdullah

Ibrahim Kamal

Haji Harun Endut

Ibrahim Kamal

Haji Yusof Tahir

Mokhtar hussain

Salim Abu Bakar

Ibrahim Kamal (1997)

Haji Roslin Abdul Rahman


Haji Ahmad Salehudin

Perubahan Ke Arah Kejayaan

Walaupun pimipinan PAS Kawasan Kemaman silih berganti semenjak 1955, tetapi PAS Kawasan Kemaman masih tidak mempunyai pejabat yang tetap. Alamat PAS Kawasan Kemaman sentiasa berubah mengikut alamat Yang Di Pertua ataupun Setiausahanya sehinggalah tahun 1988.

Ia bermula dengan pejabat berasingan iaitu di alamat rumah murah Kampung Besut, rumah Almarhum Encik Mat Sah (bapa kepada Tuan Haji Zahid). Ini dikuti dengan alamat di rumah bernombor 1705, Jalan Injin Gergaji, Chukai (rumah Ustaz Haji Awang Dagang) yang kemudiannya dijual kepada PAS untuk dijadikan sebagai Pejabat sehingga tahun 1999.

Pejabat PAS Kawasan Kemaman

Bermula era tahun 1999 PAS Kawasan Kemaman berjaya membeli sebuah bangunan sendiri di Jalan Penghiburan berhampiran pusat bandar Chukai. Bangunan 3 tingkat 2 blok yang berharga RM 1 juta terletak di kawasan yang strategik berhampiran simpang lampu isyarat utama bandar Chukai. Bangunan ini menjadi mercu kejayaan PAS Kemaman setelah memenangi 3 daripada 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kemaman dalam Pilihanraya Umum 1999 (kecuali DUN Kemasik).
Pengharapan dan Kesimpulan

Pahit maung PAS Kemaman selama hampir 50 tahun dalam mengharungi liku dan tribulasi perjuangannya menjadi satu catatan sejarah kepada generasi yang cintakan perjuangan ini. Di mana dalam apa jua keadaan kesukaran PAS tetap unggul mempertahankan dasar dan cita-citanya memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT.

Ini menjadi satu contoh kepada generasi pelapis menghayati dan menyambung perjuangan yang telah diwarisi tali temali dengan penuh sabar, dan ikhlas oleh generasi para pejuang yang dahulu dan sebahagian besarnya telah meninggalkan kita semua. Sebagai satu harapan fikirkanlah bagaimanakah para pemimpin, pendokong dan penyokong perjuangan PAS untuk sama memartabatkan Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera, Membangun Bersama Islam dan Islam For All

AJK PAS Kawasan Kemaman 2007-2009

Sumber: niknasri.com
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...