Ceramah Mega Ijtima'; Menteri Besar Kedah Bergandingan Ketua Pemuda DAP


KUALA TERENGGANU - Sesuai dengan tekad untuk kembali memerintah negeri Terengganu, PAS menjemput dua penceramah 'popular' bagi menyampaikan ucapan pada ceramah mega sempena Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu kali ke-8, 22 Oktober nanti.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah akan menyampaikan isu-isu terkini kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS.

Katanya, rakyat Terengganu berpeluang mendengar penjelasan isu terbaru, kenaikan harga air di negeri kedah yang menjadi isu hangat masakini.

Disamping itu, kelantangan Anthony Loke Siew Hock merupakan anak muda yang lantang menentang judi di Parlimen Malaysia, akan dibawa ke medan Ijtimak, di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit.

"Anthony Loke adalah pemimpin DAP yang pertama bangun di Parlimen, menolak judi bolasepak, ketika dibentangkan di Parlimen tidak lama dulu,"kata Wan Sukairi.

Katanya, beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan akan turut menyampaikan beberapa ceramah di kawasan pengundi Cina sekitar Kuala Terengganu bagi menjelaskan fitnah dan dusta Umno yang menuduh DAP adalah parti yang anti Islam.

Oleh itu, Ustaz Wan Sukairi menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik dan cintakan kebenaran supaya hadir beramai-ramai ke ceramah tersebut.


Sumber: Buletin Online
Tags: , ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...