Bin Laden Group kontraktor utama pembinaan perluasan Masjid a-Haram


Kontraktor Utama Pembesaran Masjid al-Haram

Makkah
- Walaupun Osama yang didakwa menjadi ketua kumpulan al-qaeda terus diburu, ditanah tumpah darahnya, syarikat milik keluarga beliau, Bin Laden Group terus mendapat kepercayaan pemerintah Saudi.

Bin Laden Group dilantik sebagai kontraktor utama bagi pembinaan perluasan Masjid a-Haram oleh Raja Abdullah, dengan keseluruhan projek bernilai SR6.65 bilion (RM6 bilion).

(Gambar - kerja-kerja pembinaan 'koridor utara masjid al-haram dijalankan 24 jam sehari, bagi mencapai sasaran '73 hari' lagi dijangka siap)

Projek terbaru permodenan bandaraya Makkah itu seluas 'sayup panjangnya' sehingga lingkaran lebuhraya di utara Masjid al-Haram dan melebar ke barat sehingga Jalan Bukit Kaabah.

Pembesaran 'serambi utara' Masjid al-Haram seluas 3 juta meter persegi mencakupi pembinaan beberapa hotel dan kemudahan penginapan, pusat perdagangan dan kemudahan awam, dijangka dapat menempatkan 'tetamu' seramai 250,000 orang.

Selain itu pembesaran ruang ibadat masjid al-haram tersebut dijangka dapat menampung jamaah tambahan seramai 400,000 orang.

Project tersebut pula akan disambung dengan 'Mercu Tanda' Makkah yang baru menjadi 'Sentral' kepada Metro Makkah, rangkaian perkhidmatan 'monorel' sepanjang 20km menghubungkan Masjid al-Haram dengan Mina, Pdang Arafah dan Muzdalifah.

Bersambung........


Buletin Online
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...