Ijtima' Kepimpinan PAS Ke 8 Pada 22 & 23 Oktober

Batu Rakit, SETIU - PAS Terengganu akan menganjurkan Ijtima' Kepimpinan PAS Kali ke 8 tahun ini pada 22 dan 23 Oktober depan di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

Ijtima' yang pertama kalinya berlangsung selama dua hari itu akan di 'tambah nilai' dengan acara pemuda dan muslimat, bagi menyuntik 'sentuhan kepada masyarakat setempat' sebagai usaha menyemarakkan semangat menawan kembali 'Wisma Darul Iman'.

Menurut Pengarahnya, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, seramai 10,000 orang pimpinan PAS pelbagai peringkat dijangka akan berhimpun untuk menyampaikan pandangan dan buah fikiran meningkatkan gerak kerja parti.


Buletin Online
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...