CHUKAI, 18 OGOS 2010 – Majlis Tindakan DUN Chukai telah berjaya menganjurkan Tamrin Qiadi dan majlis berbuka puasa, bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa. Objektif tamrin ini adalah untuk memperkasakan kepimpinan parti di peringkat cawangan di samping mengukuhkan kerjasama di kalangan ahli di semua peringkat. Ia juga merupakan program ukhuwwah yang merapatkan hubungan silaturrahim sesama pimpinan jemaah.
Di samping itu, melalui tamrin ini juga dapat meningkatkan daya juang dan daya tahan ahli untuk berdepan dengan apa jua mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.
Tetamu jemputan, Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat menyampaikan ceramah mengenai penghayatan Ramadhan. Beliau turut memberi penjelasan tentang isu-isu semasa dalam negeri Terengganu dan di peringkat nasional.
Program ini mendapat komitmen yang tinggi di kalangan pimpinan parti dengan kehadiran penuh ahli dewan harian di peringkat cawangan-cawangan yang berjumlah 21 cawangan.
Berbekalkan segala persiapan yang telah dibuat, dan juga pemantapan fikrah dan penyatuan hati melalui tamrin ini, PAS MTD Chukai yakin dapat menawan semula kerusi DUN Chukai pada PRU-13 yang akan datang.
AJK Dewan Harian cawangan yang hadir
Mengambil juadah untuk berbuka
Pimpinan MTD berbuka bersama al-Fadhil Ustaz Azman Sharpawi
0 comments