Sumbangan Ramadhan Daripada DMPKK


Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa hari lagi, Dewan Muslimat Pas Kawasan Kemaman telah mengadakan satu majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan 1431Hijrah pada 6 Ogos baru-baru ini. Seramai 240 peserta seluruh cawangan PAS di Kawasan Kemaman yang diklasifikasikan layak menerima sumbangan telah hadir di Dewan Purnama Pejabat Pas Kemaman untuk menerima sumbangan tersebut.

Ustaz Yusof Embong telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. Disamping itu juga beliau telah menyampaikan sedikit kuliah berhubung dengan kewajiban berpuasa dan ketaqwaan kita terhadap suruhanNya.


Kelihatan sejumlah muslimat yang hadir memenuhi ruang dewan


Sumber: www.dppkk.org
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...