Ust Hajjah Mariam Othman yang menyandang jawatan Setiausaha Dewan Muslimat Pas Kawasan Kemaman yang dimasukkan ke Hospital Tengku Afuan Afzan, Kuantan semenjak hari isnin 12.7.2010, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.00 pagi., 14 Julai 2010 Difahamkan beliau menghadapi masalah pernafasan (paru-paru berair). Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Jabor Kubor pada petang tersebut.
Beliau yang lebih mesra dengan nama Kak Yam merupakan antara orang yang paling lama berada di dalam Dewan Muslimat Pas Kws Kemaman. Selepas mesyuarat Agong pada bulan April lalu kesihatan beliau mula terganggu dan beliau tidak lagi mampu untuk terlibat dengan aktiviti parti hatta mesyuarat sekalipun. Jawatan beliau akan dipangku buat sementara waktu oleh penolong setiausaha DMPKK, sehingga mesyuarat agung tahun hadapan.
Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau beroleh kesejahteraan dan ditempatkan dikalangan para syuhada, insyaallah. Al-Fatihah buat beliau....
Sumber: DPPKK.Org
0 comments