Rempit 'Merdeka' di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.

Lampu isyarat apa jua warnanya, sama saja bagi mereka, samada hijau, kuning atau merah, mereka hanya berhenti atau sebaliknya, ikut suka mereka!

Bahkan kehadiran pihak penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kereta peronda polis, tidak langsung diendahkan malah menjadi guarauan oleh kumpulan muda-mudi bermotosikal, yang seolah-olah diserang 'histeria' itu.
Pesta 'Rempit Merdeka' dilaporkan bermula sebaik jam 12 tengah malam.

Ketika skuad BO membuat tinjauan dilokasi kira-kira jam 1.30 pagi, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat rondaan.

Jangkaan skuad BO penguatkuasa JPJ dapat menyuraikan himputan 'rempit merdeka' meleset apabila kenderaan JPJ hanya 'tawaf' dibulatan Batu Enam dan belalu begitu sahaja.



Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...