Mazlan Aliman fail saman RM20 juta

TEMERLOH, 17 Ogos: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman memfailkan saman malu terhadap empat pihak bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM20 juta atas apa yang disifatkannya sebagai penahanan salah pada insiden di Felda Lembah Klau, Mac lalu.

Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh, semalam dengan menamakan empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), pegawai polis, Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia.

Dalam sidang media selepas penyerahan writ saman tersebut, Mazlan berkata tindakan diambil setelah beliau dan keluarganya menerima kesan  diaibkan di khalayak umum dan dilayan seolah-olah beliau seorang penjenayah.
 
“Atas peristiwa yang berlaku saya dan keluarga saya termasuk anak-anak saya merasa malu apabila di sekolah anak saya ditanya rakan-rakannya  sebab-sebab beliau ditahan di lokap. Saya rakyat Malaysia dan merupakan anak peneroka juga mengapa saya dilayan macam penjenayah,” soalnya.

Peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud berkata, ada asas berlaku penahanan yang salah dilakukan pihak terbabit ke atas Mazlan yang boleh dicabar di mahkamah.

“Ada terdapat percanggahan fakta bagi tujuan mengelirukan terhadap penggunaan seksyen 441  iaitu penahanan  dilakukan atas kesalahan pencerobohan jenayah yang dikenakan ke atas Mazlan, maka kita ada asas yang cukup kuat untuk mencabarnya di mahkamah,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim, Pengerusi  Hal Ehwal Peneroka Kebangsaan, Suhaimi Said  dan Pengerusi Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid menyokong penuh tindakan saman yang dilakukan Mazlan.

“Atas apa yang berlaku kita melihat bagaimana pihak pengurusan Felda telah melakukan tindakan kurang ajar dan melampaui bidang kuasa masing-masing  sehingga menyekat hak dan kebebasan rakyat. Oleh yang demikian itu, kami menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh Mazlan,” kata mereka.


Harakahdaily
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...