Majlis Makan Malam bersama Ustaz Badrul Amin


KEMAMAN, 31 Julai 2010: PAS Kawasan Kemaman telah menyertai Majlis Makan Malam bersama YB Elizaberth Wong, YB Nurul Izzah Anwar dan Ustaz Badrul Amin anjuran Parti Keadilan Rakyat Ranting Cukai di Restoran Bangkok, Geliga. Program ini juga merupakan pelancaran Kempen Selamatkan Ekonomi Terengganu.


Walau bagaimanapun, YB Elizaberth Wong dan YB Nurul Izzah Anwar tidak dapat hadir pada malam tersebut. Selepas Majlis Makan Malam, Ustaz Badrul Amin turut menyampaikan ceramah di Dataran Surau Haji Muda, Kampung Geliga. Sambutan daripada masyarakat amatlah membanggakan, menunjukkan sokongan besar kepada Pakatan Rakyat bagi mengganti tampuk pemerintahan negeri Terengganu khususnya, dan Kerajaan Persekutuan amnya dalam Pilihanraya Umum Ke-13. InsyaAllah.
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...