Defisit Kerajaan Negeri Terengganu Meningkat RM 274,046,116.36

KUALA TERENGGANU - Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.

Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.

Defisit lebih setengah bilion ringgit tersebut telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan-soalan bertulis Mesyuarat Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Kedua Belas pada 8 dan 9 Ogos lalu.

Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah belanja berlebihan itu.

Kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah mengemukakan beberapa langkah antaranya mengamalkan perbelanjaan berhemat dan memberi tumpuan kepada perbelanjaan sebenar kerajaan negeri,

Sebaliknya, jawapan yang dikemukakan itu jelas bertentangan dengan tindakan pemimpin Umno/BN negeri yang mengusulkan supaya DUN meluluskan peruntukan tambahan pula sebanyak RM220 juta.


Buletinonline
Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...