Karnival Rakyat Chukai 2010

CHUKAI, 3 Jun 2010 - Karnival Chukai telah melabuhkan tirainya. Kunci kepada himpunan besar ini ialah kerjasama dan ia telah dibuktikan bermula dengan kerja-kerja persiapan hingalah ke hari sambutan, 3 hari 3 mlm.

Karnival Chukai terlaksana kerana kerjasama erat, gabungan diantara tenaga muda dan senior tanpa diberi imbuhan atau upah. Kerja-kerja yang dilaksanakan tanpa paksaan dan itulah pengorbanan kerana Allah dan perjuangan Islam yang dihasilkan melalui keajaiban tarbiyah PAS kepada ahli-ahlinya.

Himpunan kali ini juga bejaya memasyarakatkan PAS ke tengah warga Chukai bersama-sama bersukaria dalam permainan sukan tradisional, penuh keintimam antara pimpinan dan rakyat.
Paling menyerikan sambutan kali ini ialah Karnival dapat menganjur slot bersama-sama dengan anak-anak yatim seramai 120 orang.

Dengan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM 7500, AlhamduliLlah, tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat beras 5 kilo dan wang tunai sebanyak RM 50.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan at-Tantawi, sambil anak-anak yatim tersebut dijamukan dengan jamuan makan. Sudah tiba masanya rakyat bangkit dan bertindak, menghumbankan Umno dan Barisan Nasional jauh-jauh ke tengah Laut China Selatan!











Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...